Followers

Friday, 10 February 2012

BODEK vs AMBIL HATI

     Pernah membodek? Pernah di bodek?..bila bercakap soal bodek...kedengarannya agak negatif.Terjadi dimana-mana , paling popular pastilah di tempat kerja...di pejabat, di sekolah, hatta di rumah sekalipun...pembantu rumah sudah pandai membodek majikan. Untung nasib,dapat bonus hujung tahun.
     Saya tersenyum mendengar cerita bodek -membodek. Gossip awal pagi di sekolah...kata seseorang.." bukan nak mengata tapi nak bersantai bersuka ria menghilangkan tension di pagi  Sabtu kerana perlu bersekolah."..okay la...kalau itu anggapannya.Isunya hanya bodek...walau belum tentu " orang itu " memang membodek.
     Saya ambil peluang menilai,seronok mendapat isu hangat begini kerana saya akan terjemput untuk berfikir...otak tidak akan lembap sangat di pagi-pagi hari.
    Sebenarnya saya ingin membuka kamus dewan, mencari apa itu maksud "bodek"..namun hanya sempat menerjah MYKAMUS.COM...terjumpa maksudnya..."pujuk".
    Jadi saya berpendapat..tidaklah begitu negatif sebenarnya...( benarlah...apa pun yang kita lihat sebagai negatif...akan menjadi negatiflah di hati kita, jika kita melihat dengan sorotan yang positif, maka akan ternampak ruang positifnya .)
     Berfikir sejenak...jika kita masuk keluar dari bilik boss, esok bawa kain pasang sebagai hadiah, lusa bawa cheese cake, tulat bawa nasi lemak....dan perbualan di dalam hanya bual-bual kosong , bergelak ketawa...ya..itu mungkin boleh dianggap bodek yang negatif. Perbincangan yang telus tidak memerlukan buah tangan kan....apa lagi di saat waktu bertugas.Namun...jika perbincangan itu tanpa sebarang hadiah, direct to the point tanpa mengambil ruang-ruang untuk bergelak ketawa terlalu lama...apakah itu boleh dkategorikan sebagai bodek juga?Atau...mungkin bodek yang positif. 
   Bagaimana pula dengan mereka yang kerjanya melibatkan pencarian tender kerajaan, projek dan sebagainya. Itu sangat kompetatif, jika hanya menunggu dan melihat....jawabnya hanya "makan angin"....peluang tak akan masuk sebabnya begitu ramai yang berlumba-lumba di luar sana. Jadi wajarkah kita katakan yang mencari tender dan projek itu semua sebagai membodek orang berpangkat untuk mencari rezeki.Oh..sangat zalim tuduhan itu kerana tanpa berlumba-lumba,rezeki tidak akan bergolek buat mereka kerana mereka bukan kakitangan kerajaan yang gajinya masuk setiap tanggal 25 haribulan.
      Membodek saya lihat wujud dalam bentuknya yang berbeza. Bagi yang sertakan hadiah hampir setiap hari....dengan pujian yang melampau...mungkin itu kategori membodek yang negatif.Bagi yang berurusan secara telus, sebagai pekerja, kita tetap perlu bijak mengambil hati majikan. Pendek kata....buat apa yang disuruh, jangan buat apa yang dilarang oleh peraturan, serta bersuaralah jika dirasakan perlu. Ada waktunya, kita beramah mesra mengikut keperluan...maka kita akan dilihat sebagai "lively person"..."ceria sokmo" dan majikan yang stress akan senang bekerja dengan kita. Pendek hata ..tak perlu buah tangan...hanya perlu pandai mengambil hati.
     Yang perlu berlumba-lumba membodek...itu pilihan masing-masing...jika terlalu mendesak, mungkin ada yang sanggup merasuah...( minta dijauhkan ) atau yang bijaksana...rasuah itu tidak perlu . Yang menjadi bumbu utama, mungkin hanya cara pembawakan kita...tampilkan yang positif dalam diri, tanpilkan yang kita "mampu buat" untuk mendapatkan projek idaman....sekali lagi...proses mengambil hati amat penting sekali.Jadi ..bolehkah kita tukar istilah BODEK itu kepada istilah AMBIL HATI....??Kerana  lebih positif takala mendengar....


     

No comments:

Post a Comment